Nah aku bagi tau apa yang terjadi start dari pagi:
- Perjalanan ke Kota Tinggi nak attend Dyan's E-day. Dah 1/3 perjalanan kena patah balik sebab lupa bawak bouquet.
- Salah jalan. Huda, anak Johor murtad. Jalan nak ke Kota pon tak pass lagi. Sampai ke Puteri Mart apa cerita.
- Balik dari majlis, jem sepanjang jalan. Kena tempuh 2 jem, 1 disebabkan accident, 1 lagi sebab orang buat jalan. Nak tar segala! Ambil masa dekat 2 jam dekat situ. Wuwuwu T__T
- Nak habaq, kereta kita ni jenis yang tak ada aircond, kete atuk la katakan. jadi bersauna sepanjang perjalanan. Kalau buat kurus tak apa, ni naikkan darah kita adalah.
- Petang tadi, tolong abah print surat Mesyuarat dia. Save dekat pendrive, gotcha! Sampai dekat kedai document tu corrupt!!! Why Why Why. Terpaksa patah balik rumah semula.
- Kali ke 2 pergi after maghrib, haa time tu baru dipermudah segala-galanya. Hari ni saja dah berapa kali si Kancil kena hon ponponpon. Orang pertama hon, Pak Mansur misai penuh.
- Stress kali terkahir, dah balik rumah baru perasaan seluar lupa nak zip. Halalkan makan minum anakanda yek Cik2 sekalian.
- STRESS YANG PALING STRESS:
BUKU ASB HILANG. KAU TAU TAK DAH HUJUNG TAHUN NAK HILANG BAGAI???????
-