berapa ramai dah?

Tuesday, October 23

kuasa duit

Memang benar bagai dikata, duit bukan segala-galanya. Tapi SEKARANG segala-galanya memerlukan duit untuk terus survive. Haa ni yang terasa macam nak karok lagu 'I will survie' dengan confident tanpa menghafal lirik yang betul. 




Berbalik kepada duit, aku tak gemar bila drama-drama Melayu kerapkali mengatakan tak ada duit pun tak apa, janji kita bahagia berdua. Dengan cinta sejati kita yang abadi semua masalah boleh dihadapi. Boleh percaya? Kerat jari meh kalau ada yang dok angguk2 kepala tanda setuju.


Mungkin betul tapi tidak sepenuhnya. Duit masih memainkan peranan penting dalam kehidupan. Bak kata roomate aku dulu kalau tak ada duit boleh kata macam ni dekat kedai runcit,"Pakcik saya nak beli gula 1kg tapi saya tak ada duit. Yang ada cinta sejati kami je". Memang sah2 kau kena tendang melambung dengan pakcik tu. 


  Aku ada pengalaman kenapa aku kata duit tu penting dan berkuasa. Meh sat dengar cerita aku. Ceritanya bermula macam ni. Masa tu aku tingkatan 2, sekolah asrama. Kalau duduk asrama mesti tak sabar-sabar nak balik kan. Dan aku pon sama berperasaan begitu. Nak dijadikan cerita duit dalam wallet tinggal dalam RM2-3 je. Salah aku jugak, dah tau nak balik duit tak nak mintak dengan parents. Nak mintak kengkawan malu. Demm.


Ni contoh bas JM yg aku naik


Aku gagahkan juga nak balik ke JB walaupun aku tahu tambang dari Ayer Hitam ke Batu Pahat untuk seorang budak sekolah masa tu RM4.80. Berani mati bukan? Masa tu naik bas tabung. So sebab tambang RM4.80 aku masukkan je duit yang ada dekat aku satu set dengan duit syiling dekat tabung bas. Bila pakcik tu tanya, cukup tak aku terpaksa menipu dengan menjawab, "Cukup pakcik". Nasib aku baik, pakcik tu percaya dan bagi tiket bas dekat aku. Pheww~


Bila dah sampai stesyen bas Larkin, aku baru perasan yang aku akan hadapi satu masalah lagi. Disebabkan dalam wallet hanya tinggal agas dan unggas, macam mana aku nak call rumah untuk mintak orang pick up? Naik bas kena duit apatah lagi naik teksi. Mundar-mandir begitu lama dekat Larkin dan akhirnya TING aku dapat idea. ^^


Perlahan-lahan aku berjalan ke arah seorang makcik dengan muka yang kesian. Kalau korang ada time tu mesti masing-masing dah hadiah penampar dekat aku. Tak padan dengan perangai lahanat buat2 kesian pula. Aku susun ayat macam ni, "Assalammualaikum makcik, boleh tak mintak tolong? Saya nak pinjam 20 sen boleh,nak call rumah tak ada duit =( "   Macik tu kesian dan hulur 50 sen. Wink wink!!!


Haa itulah ceritanya, panjang lebar betul. Kesimpulannya, duit itu penting dan berkuasa. Tapi bila dah berduit tu bersedekahlah banyak-banyak. Semakin banyak anda beri, semakin banyak 'pulangan' yang akan anda dapat =)



 

 

Monday, October 22

bahana marah


Marah merupakan suatu emosi yang tidak dapat dielak oleh mana-mana pihak jika mereka berada dalam situasi yang tegang dan tertekan. Ada jenis manusia yang tidak menunjukkan kemarahannya, ada juga jenis yang suka mengeluarkan melalui perbuatan, kata-kata atau kedua-duanya sekali.





Kita akan berasa puas setelah meluahkan kata-kata yang adakalanya mengguris pihak yang mendengar. Bagi kita itu adalah satu pengajaran kepada mereka agar tidak mengulangi sesuatu yang menimbulkan kemarahan kita pada masa hadapan. Tapi sedarkah anda apa perkataan atau perkara yang anda luahkan ketika marah itu? Lebih kurang 50% daripada kemarahan yang diluahkan adalah dengan menggunakan kata-kata yang tidak patut atau tidak sengaja dikeluarkan. 


Jadi kewajipan kita adalah untuk mengetahui bahawa kadangkala kata-kata yang dikeluarkan adalah jauh lebih menikam jiwa dan sanubari seseorang itu. Jika perbuatan boleh dimaafkan tapi tidak dengan kata-kata. Kesannya memberi impak yang besar kepada pihak yang mendengar. 





Kesimpulannya, perihal kata-kata harus dititikberatkan. Walaupun hanya bercakap di atas angin, tapi percayalah kesannya akan dirasai sampai bila-bila. Anyway, kata-kata kat bawah ni sangat berkait dengan topik marah hari ni :)


"Bersabar dalam marah. Bukan semudah kata-kata. 
Lidah diam tidak berkata, tapi hati sedang membara" 
- santapan minda.




 

Thursday, October 18

perbuatan melambangkan perangai

Okay anak-anak hari ini kita akan belajar mengenai perbuatan. Perbuatan yang baik datang dari hati yang suci ye. Ternyata aku masih mengimpikan kerjaya sebagai guru bila dah besar gini. Persoalannya, kenapa aku tak lulus ujian MEDSI kat matrik dulu? Kenapa dan kenapa?


Itu mukadimah, main point merujuk kepada tajuk. Betul apa orang kata, bila seseorang itu memang diajar dari kecil untuk menjadi seorang yang baik, perangai dan perbuatannya pon akan turut serta baik. Makna kata, "kalau melentur biarlah dari rebungnya".


Jadi tak perlu bermuka-muka menjadi seorang yang plastik untuk menjadi perfect di mata orang. Sebabnya, kita tak akan menjangka setiap saat yang kita lalui masih boleh atau tidak kita menjadi plastik. Contohnya seperti dalam video bawah ni:



Video ni sebenarnya nak buat suprise dekat one of my bff (Asmyda), pakat time ni tepat 6 Dec nak post kat fb. So, buat video ni senyap-senyap, after balik kelas terus berkumpul dalam satu bilik. Tengah syok-syok buat muka comel annoying nak nyanyi lagu birthday, tiba-tiba si Asmyda ni menggatal ketuk pintu bilik. Haa sah-sah berlaku haru biru di situ. Masing-masing terkaku dan ada yang memikirkan macam mana tak nak buat dia terasa sebab terasing. 


Tapi cuba fokus pada aku (baju merah), dalam keadaan macam tu serta merta aku buat-buat tidur. Atas alasan apakah? Perbuatan itu menunjukkan yang aku langsung tak bertanggungjawab. Bila aku belek-belek balik, betul lah. Selama ni aku memang tak bertanggungjawab pun, sentiasa serahkan tugas kat orang lain untuk berfikir dan bertindak. See? Plastik tak akan kekal plastik. 


Kesimpulannya, untuk berlaku baik memang kena tanam dari hati. Kalau hati tu tak selari dengan perbuatan, macam ni lah jadinya. :P


Monday, October 8

air muka





Setiap orang memang dilahirkan mempunyai air muka masing-masing. Jadi tugas kita adalah untuk menjaga air muka tersebut kerana air muka melambangkan maruah diri masing-masing. Akan tetapi tugas orang sekeliling diri juga bertanggungjawab atas tujuan yang sama. Saling menjaga air muka sangat indah bukan?


Bila mana dalam satu komuniti, kita dah cukup baik jaga air muka kita tapi tuptup kawan kita sendiri memalukan kita dengan cakap sesuatu yang agak memalukan di pihak umum apa perasaan kita? Tak ke rasa macam nak tibai kepala dia pakai baldi. Dalam hati, eh macam bagus pulak kau nak mengata aku kat depan orang lain.



Jadi, secara tak langsung perasaan negatif itu akan berlarutan dan seterusnya menjadikan hubungan yang tegang antara satu sama lain.


 
One thing la yang kita kena ingat, selagi kita jaga air muka orang, orang pon akan takut nak jatuhkan air muka kita atas dasar hormat. Adat manusia tiada yang sempurna. Jika berlaku kesilapan, tegurlah dengan cara yang sopan. Bak kata santapan minda,




"Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan"
 



Monday, October 1

itu lumrah

Dalam berpasangan, tak semestinya kita akan sentiasa gembira. Tak mungkin senyum sampai telinga hari-hari. Tak mungin kita akan sentiasa puas hati dengan setiap perbuatan pasangan dan sebagainya. Kalau anda tidak bersetuju dengan saya kemungkinan anda baru declare atau anda bukan HUMAN. 


Dan itu yang terjadi dalam hubungan saya. Ada pasang sututnya, kadang-kadang oh sangat bahagia, dan kadang-kadang benci sana benci sini. Itu lumrah. Walau pahit harus ditelan untuk teruskan kehidupan. Tak kan kau nak kemam sampai ke sudah?







Dan perlu diingat, bila something negatif berlaku dalam hubungan TIDAK semua perkara perlu menyalahkan pasangan. Kadang-kadang diri kita sendiri yang spoil kan keadaan. Jadi, sebelum menyalahkan pasangan, ada baik kalau kita kaji dulu. Kenapa dia jadi macam tu kenapa dia jadi macam ni. 





Macam kami ni lain. Selalu bergaduh sebab dah lama tak jumpa disebabkan masing-masing sukakan realiti daripada chat di alam maya seperti call dan message. 



Long Distance Relationship


Ada orang kata kalau marah tu tandanya sayang. Yeke? Macam tipu sebab time marah tu rasa nak tikam bertubi-tubi kat tulang belakang pasangan ada lah. Hahaha :D