Ya Allah rasa bersyukur sangat dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan. Kalau dulu masa kecik-kecik mesti rasa tak suka. Betul-betul tak suka. Sebabnya bila puasa mesti tak boleh makan tak boleh minum. Tapi bila dah 22 tahun besar macam ni, perasaan tu dah lain pulak. Tak sabar!
Bila puasa masing-masing dah pasan angan-angan dah. Selain nak puasa diberkati ada juga niat lain yang telah dipasang. Contohnya aku sendiri la. Tak sabar tunggu puasa sebab dapat sikit nak diet. Mengimpikan bertubuh langsing dengan kebaya nyonya pendek di hari lebaran,memang tak boleh blah. Hakikatnya, haram jadah, makin gemuk ada lah. Biasalah time berbuka nafsu makan macam hantu.
Lagi satu bila puasa menjelang, makcik serupa mak jemah pon pasang angan-angan iaitu mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang PENTING dari anak-anak sedara mereka. Biasalah anak-anak dara macam kita ni kena siap sedia bila disoal macam peluru berpandu. Kerja apa? kerja dekat mana? gomen ke swasta? bila nak kahwin? bila nak tunang? Urgh. So bersiap sedia lah kita dengan jawapan yang terbaik ok ^^
Tak lupa angan-angan anak-anak kecil. Beraya di rumah sedara-mara untuk kumpul duit raya sebanyak mungkin. Tak lupa rumah jiran juga. Jiran kepada jiran kepada jiran dan juga kepada jiran. Itu sarcastic pada siapa yang tak tahu. Aku pon dah training dekat my adik untuk collect duit raya dekat rumah flat. Berbaloi. Contohnya:
1 rumah = RM 0.30
1 aras = RM 0.30 X 10 rumah
1 blok = RM 3 X 7 tingkat
Total = RM21
Kalau ada 7 blok, sehari boleh dapat berapa?
$$$$$$$$
Angan-angan pelajar di IPTA/IPTS juga tak kurang hebatnya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Mesti korang nak pergi bazar kat U tu time dah nak buka kan? kan? kan? Sebabnya nak dapat free, lauk lebih dengan harga murah. Aku tahu kerana aku juga pernah bergelar student satu masa dulu.
Angan-angan aku ada lagi. Untuk seminggu terakhir aku dan siblings aku sudah merancang untuk berjalan di luar Angsana, lebih spesifik di lorong jualan kuih raya. Dengan hanya membawa sebotol air masak, aku jamin korang boleh kenyang dengan perut yang happy :) Hanya itu impian aku.
Haa banyak lagi gelagat time puasa ni. Korang pulak acaner? Apa-angan-angan yang dipasang. Hehe :) Lupa nak wish, selamat berpuasa semua!