Bila time study semua nampak sama sahaja. Tidak ada yang kurang tidak ada yang lebih. Bersama-sama lebih kurang tiga tahun dan akhirnya study habis dan pengembaraan yang mencabar pun bermula.
Tak mudah untuk jadi senang, tak senang juga utuk jadi susah. Mungkin sebelum ini, aku sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang dewasa itu adalah perkara yang mudah since kehidupan yang dijalani tetap sama seperti biasa cuma ketiadaan kawan-kawan di sisi.
Tapi bila setahun berlalu, keadaan di luar sudah banyak berubah. Kawan-kawan dan kehidupan masing-masing sudah cukup buat aku menjauhkan diri. Malu mungkin. Tidak setanding dengan mereka. Ya ya, time study nampak sama, bila dah kerja boleh compare siapa yang di depan dan siapa yang di belakang. How shame am I. =(
Saat ini, mula menyalahkan diri sendiri. Kenapa tidak boleh menjadi seperti mereka. Keyakinan diri yang sangat rendah perlu dibawa berunding. Sangat mengganggu emosi dan perasaan. Persoalan berkaitan future berlegar-legar dalam kepala dan aku mula risau dengan isu tersebut. Mungkin aku yang sambil lewa? Tidak serius?
Urgh berat beban. Tak guna juga sekadar post di blog tanpa ada langkah penyelesaian yang diambil. Face it! Don't facebook/blog it! But how? T____T