berapa ramai dah?

Thursday, April 12

jangan terlalu cepat menilai




1st impression memang sangat penting. Lagi-lagi bila dah masuk bab-bab dress up untuk presentation, interview kerja dan sebagainya. Memang confirm 1st impression akan mempengaruhi separuh daripada markah keseluruhan result kita.


Tapi tak mustahil juga 1st impression kita terhadap seseorang itu totally salah dan berbeza dengan realiti. Kalau 1st impression yang negatif tu kita cakap dalam hati tak apa, ini kita dok war-warkan dengan kawan-kawan sekeliling. Lagi parah bila semua setuju dan gelak macam nak mati kepada empunya badan.


Jangan cakap orang lain. Aku pon sama, suka mengutuk orang yang lalu lalang. Konon-kononnya mengisi masa lapang la tu. Contoh 1st impression yang mengundang kepada kecelakaan macam dalam video kat bawah nun.





Tak ke naya tu wei? 1st impression akan menimbulkan sesuatu yang unsangkarable. Yang bawah ni pulak, aku dapat dari fb. Ada betolnya kan?



Makanya kita sebagai manusia yang berhati murni, janganlah percaya 100% terhadap 1st impression kita terhadap sesorang. Mesti ada sebab di sebalik apa yang kita nampak. Begitu jugak aku. Jangan sangka Indon tempat abah aku kerja yang handsome dan peramah GILA lagi mencairkan tu baik. Errr -.-"



Friday, April 6

mari guna sabun papaya


Di zaman serba moden ini, seringkala kita dihidangkan dengan penemuan produk yang terkemuka di seluruh dunia hanya semata-mata untuk mencantikkan kulit wajah. Perlu diingat, keberkesanan produk ini perlu selari dengan jumlah wang di poket pada setiap masa. Ini kerana mahal gila la wei produk international ni.


Pengenalan seperti karangan SPM bukan? Ekceli entry ni lebih berbentuk testimoni pengguna sabun papaya. Siapa tak kenal sabun papaya atau betik boleh digelar sebagai noob dan juga loser.



Ciri2 sabun papaya:
- bewarna oren
- berbentuk segi empat tepat
- range harga RM5-7
- can be divided into six part which each part can stand for about 2-3 weeks.



TESTIMONI :
Dahulu kulit saya sangat hitam. Lagi-lagi setelah mengalami sunburn dan saya sangat down sekali pada masa itu. Saya harapkan Garnier dapat membantu memulihkan dalam jangka masa yang singkat. Akan tetapi urgh saya buntu. Sehinggakan satu hari rakan saya, Nur Piska menyarankan saya mengguna produk ini. Selepas 2-3 hari memakai, saya dapat rasa kulit saya tegang seperti dicocok botox ye. Jadi perubahan yang sangat ketara dalam tempoh sebulan, kulit saya nampak lebih halus, mulus, suci dan murni :p


Sebelum (kantoi, gambar dalam toilet)



Selepas. (okie kantoi dekat office berangan)


Nampak ada perubahanatau tidak? Ini gambar original bukan diphotoshop. Btw, muke sunburn tu memang geli gilos kan. Sehari dua kena tanggung camni, tapi bila dah pakai Papaya no more kulit menggelupas oke :)



#Jika kulit cantik pasti sidia bertambah sayang :)