berapa ramai dah?

Friday, March 23

kehebatan seorang emak


Si emak yang pretend seperti Azean Irdawaty


Emak memang sangat awesome kan. Tapi kehebatan kali ni aku nak exclude bab-bab mengandung 9 bulan 10 hari, bersalinkan setiap satu anak, bangun pepagi semata-mata nak masak dan bersikap neutral dalam pergaduhan anak-anak. Tu tak masuk lagi bab kemas rumah, basuh sidai dan lipat baju.


Selain daripada apa yang tersenarai di atas, kehebatan seorang emak juga boleh dinilai apabila beliau sudah mula membebel. Pernah dengar mak korang kekeringan isu dan idea masa membebel? Tentu saja tidak kan. Betapa fluent si emak list setiap satu isu dan kesalahan yang terhidang dimatanya.


Kehebatan si emak tidak berakhir di situ saja. Percaya atau tidak, seorang emak mampu untuk bercakap tanpa memerlukan setitik air. Awesome kan? Cuba perhatikan kalau emak tengah syok-syok membebel. Mak tak akan berhenti membebel kejap untuk minum dulu then sambung bebel balik. Itu mustahil okie. Jadi ia sangat hebat!


Lagi kehebatan emak ketika membebel. Emak akan automatically ingat nama anak mengikut sequence dan kesalahan masing2. Kau bayangkan emak aku ada 7 orang anak, dan kesemuanya berperangai jelaka dapat bayangkan macam mana. Aku bersyukur aku jadi anak ke-4. Lambat sikit time untuk dimarah. :D


Agak2 kalau setiap satu orang ni berperangai jelaka, berapa masa yang digunakan emak untuk membebebel pada satu satu masa.



Eceh, muka emak penuh dengan senyuman. Tapi disebalik tu tersembunyi kegarangan tahap infiniti TAHU



Oh emak. Walaupun bebelan kau sangat sakit dan menghiris hati, tapi percayalah. Bebelan itu sangat indah bila tidak kedengaran setelah sekian lama





Wednesday, March 21

wordless wednesday # : kerani ambil spm


Saya mempunyai seorang adik yang lahir pada tahun 1994. Ini bermaksud makhluk itu sudah mendapat keputusan SPM nya pada hari ini. Adik saya bukan seperti pelajar lain. Dia adalah serupa seperti kerani yang workaholic kerana dia selalu ada dalam macam macam majlis.


Hari Jual buku dia ada. Hari kantin/gerko dia ada. Hari sukan dia pon ada. Itu belum lagi hari gotong royong sekolah, konfem dia ada. Pendek kata jika dia seorang kerani, dia boleh dianugerahkan jawatan Pengetua Sekolah kerana kerajinannya yang tersangat membabi butanya pon.



Kerana itu saya ingin mengetahui apa bezanya saya dan dia.


UPSR zaman hingusan


Result PMR


SPM, kerani memang hebat. Surrender terus aku. :P




Kerani, setakat SPM ni kau berjaya menjauhkan tahap antara kita adik beradik ye. Aku terasa sangat beza berbanding engkau. Umpama giant dengan nobita, Tat Sing dan CROCS serta teh-o suam dengan ice-blend chocolate + pearl.



Anyway, tahniah lah ye erin. Kau membuktikan bahawa kerani juga mampu mencapai seperti orang orang yang dok gebang masuk tv tu. Tapi nanti if dapat sambung luar jangan jadi macam Amalina dah la ye. Hehe. Oppss terlebih sudah :P



p/s: Nur syuhada tu memang tak malu. Result SPM banyak C pon mahu tepek lagi. Boo.




dalam gembira PASTI ada duka


Dalam berapa hari tak update ni macam macam benda jadi. Ada perkara yang betul betul menggembirakan. Tak kurang juga dengan berita yang agak menyedihkan. Sudah ketentuan bukan.


# Happy moments : Pangkor, Cousin's wedding













# Sad moments : Sun burn, and ... T___T


Muka pinggan yang hitam kena sabun ni already pulih selepas guna gel aloe vera dan sabun papaya (thanks ika!)




Tak sangka. Kat Pangkor main tanam tanam cenggini dan akhirnya menjadi kenyataan. Dalam dua jam lepas arwah pakcik telah meninggal dunia akibat strok. T___T Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Kesimpulannya, Allah sentiasa mahu kita beringat setiap masa dan ketika walaupun dalam keadaan yang gembira sekali pun.



Sunday, March 4

jika rindu boleh ditimbang


Rindu! Yes I am. Sangat rindu pada Martopo, SHR-iansss, serta kehidupan sebelum bekerja tidak boleh disangkal lagi. Harus diingat. Photoshop juga tidak boleh berkompromi dalam soal hati sebegini.


Bila terpikir masa kecik kecik dulu, sentiasa inginkan kehidupan apabila sudah dewasa yang bekerjaya. Haa inilah dia. Tapi sumpah tak seindah yang disangka. Ternyata zaman belajar is the most awesome moment in my life.


Bila tiba rindu gila babi datang menjelma, aku mula menyalahkan kerajaan dan pihak universiti kerana menetapkan hanya 3 tahun tempoh kursus kami. Sepatutnya paling minimum 5-7 tahun. Barulah seorang individu itu dapat mencapai tahap kepuasan yang optimum dalam kehidupan masing2. Okie, aku tahu. Cuma aku yang fikir macam ni. Weirdo -.-"


Bila dah bekerja terasa seperti menjadi seorang yang anti-sosial. Pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja sehingga aku lupa berapa banyak aku dah repeat word yang sama. Anti-sosial ini sedikit sebanyak memberi effect kepada aku. Kalau dulu aku bising macam murai bogel tak ada bulu, sekarang aku pendiam seperti murai dah dapat bulu dia balik tapi tidak boleh kembali menjadi murai yang cantik.


Dan jika rindu itu boleh ditimbang dan dijual kepada apek di luar sana, aku dapat rasa aku sudah menjadi seorang yang kaya pada saat ini. Titik.


























Friday, March 2

wajib INGAT plat kereta anda !


Pernah dengar menyanyah? Menyanyah ni satu term yang digunakan untuk describe something yang nonsense gila babun yang dilakukan oleh seseorang individu.


Oleh itu aku boleh gelar diri aku menyanyah hari ni. Tadi tengah hari abang production tempat kerja aku telefon. Dia kata kereta no 6983 asal lampu tak TUTUP sejak pagi tadi.


Lantas, aku tanpa segan silu tanya akak sebelah aku. "Kak, nombor kereta akak 6983 ke ?" Akak tu menjawab sambil kerut kerut dahi serupa mahu meneran tahi. " Eah tu bukan nombor kereta kau ke ?"


Demmmmmmmmm -.-"


6983 tu benda putih ni rupanya. demmm



Asal aku tak ingat? Asal aku lupa? Nombor kereta memang kene ingat semua ke? Asal dia tak sebut JDR kenapa tak tutup lampu? Kalau ingat tiga huruf depan je tak boleh ke? Kalau lampu terbukak setengah hari apa jadi? Kenapa mesti battery jadi weak ? Kenapa dan kenapa. Arghh stress gini.


So kesimpulannya, sila INGAT no. plat kereta anda ye in case of emergency. Dah keluar kereta jangan nak tutup air-con, radio and enjin sangat la. Lampu pon kena telek jugak.



#Pesanan ini dibawa khas oleh owner JDR6983 yang gila.




Thursday, March 1

hijrah ♥




Hijrah itu perubahan. Perubahan ke arah yang lebih baik adalah sangat digalakkan selagi kita masih bernyawa. Di mana ada peluang untuk kita berubah, di situ kita harus grab laju laju jangan
sampai terlepas peluang yang datang pada kita. Mungkin sekali dalam seumur hidup. Who knows kan.


Okey itu hanya mukadimah yang agak skema yang pernah ditulis oleh Huda ye. Ekceli perubahan yang aku maksudkan membawa maksud kepada RESIGN.


Resign letter paling cool di abad ini :)



Meninggalkan company yang sedia ada yang sedang huru-hara memang sangat cool kan. Cer tengok menggelebah ke tak dorang bila aku tak ada. Jaga jaga Cik Salmah, jaga jaga! Puii lah Huda, kau ingat kau Manager ke nak orang melutut nangis-nangis tak bagi kau resign. Nah booo sebaldi!





Kat atas ni lah surat resign aku. Terletak kemas atas meja HOD. Korang tengok perangai aku. Surat benti pon pakai envelope company. Ape celop. Harap maklum tulisan aku memang keluar seketul-seketul. Dari darjah 3 aku try ubah. Tapi tak berhasil sampai sekarang. T__________T


Btw, hopefully keputusan yang aku buat ni adalah sesuatu yang baik dan permulaan kepada kerjaya yang lebih indah. :)