berapa ramai dah?

Tuesday, January 31

isu hati tak kan berakhir

"Dear Heart, please stop getting involved in everything.
Your job is to pump blood that's it"


Ye, aku akui. Sejak dua menjak tiga menjak berkecimpung dalam bidang love2 ni, hati ada jiwang sikit lah der. Tak ada lah kental mana. Beza tu beza masa single dengan couple :)


# Kalau dulu masa single, tengok orang yang couple, aku suka cakap dalam hati yang aku ni kuat dan hebat. Tak perlukan lelaki langsung dalam hidup macam orang lain. Tapi bila dah bercinta, segala apa yang jadi mesti nak kena inform dia. Dia dah macam diari kita dah.


# Dulu masa single tak pernah terfikir nak buat surprise apa bagai dekat orang sekeliling except my precious Martopo. Tapi bila dah couple, pantang nampak orang buat surprise mesti nak tiru. Plagiat sungguh.

Ini contoh plagiat suprise untuk dia. Simple but nice

# Bila dah couple baru tahu benda alah apa cemburu tu. Kadang-kadang cemburu sampai keluar dari akal. Dia minat dekat perempuan mengandung pon aku dah cukup rasa nak tikam. Nonsense bukan?


# Dulu selalu fikir diri sendiri forever alone. Buat keputusan fikir diri sendiri je. Tapi sekarang apa2 mesti merujuk pada dia, Mr. Gula garam dan jantunghati. Nak bina kehidupan bersama hingga ke syurga konon-kononnya.




Apa pon, untunglah Huda dapat kenal dengan Muhai. Makhluk yang tak pernah putus asa untuk kejutkan aku bila tertido time gayut. Walhal dia tahu bila aku dah tidur, sumpah mustahil untuk bangunkan aku. Kepada Muhai, keep it up kejutkan saya lagi ye. But I have to admit that, I love my sleep very much :P





p/s: Oh lagi satu, sapa tahan melainkan gulahati bila dah 7 bulan couple tapi baru 5 kali date -.-"



Friday, January 27

tacing bila sebut pasal mak


Memalam gini air mata gedik pulak nak tertumpah bagai. Sedih oo sedih. Sekuat sekental segemuk mana pon badan kita, bila melibatkan soal EMAK, mesti hati kita akan terusik kan. Sama lah tu dengan kes aku. Mulut macam celaka, tuptup tengok video kat bawah ni nangis pulak.


But mungkin aku ketinggalan zaman atau video ni sudah lapuk di kalangan kamu-kamu. Problem?


Lebih baik korang tengok video ni daripada tengok 3gp ke video satu kaler ke. Ada pekdah jugak, ye dak?





Dah tengok? So, ada rasa nak pekena nasi lauk ayam Kak Ton ni tak? Oke gurau, sedih ekceli :"(



Wednesday, January 25

pakat boikot RHB taman sentosa

Hati oo hati kenapa engkau panas,
macam mana aku tak panas,
RHB buat pasal,
RHB buat pasal,
Lalalalalala



RHB Taman Sentosa bikin gua panas la der. Sumpah panas. Selalunya kalau service untuk loan ASB Sales Officer akan datang pada customer untuk gain kepercayan customer. Oh kali ni tidak. Telefon pon tidak, mana kan nak datang untuk jumpa. Poyo lah tag line korang 'Saya boleh hantar dekat tempat kerja Cik' memang TAHI

Weyh kamon lah. Aku customer kot. Nak loan 20k macam nak loan 1juta ape hal. Bank lain rilex je. Mula2 deal dengan Mr Izzudin (bukan nama sebenar). Tup tup yang keep on call aku Pn. Ayu (juga bukan nama sebenar). Aku ingat si Izzudin ni dah transfer semua borang yang aku sign dekat si Ayu. Tak rupanya. Sakit hati kan.


Sebab benda ni aku dah fikir negatif pasal RHB. Haa ni baru dinamakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Atau dalam kes aku, kerana Izzudin si Sales yang haghamm habis semua pekerja kat situ aku label macam TAHI.


Tuesday, January 17

- malu -


Aku buntu. Aku malu. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku tersangat sangat sangat sedih bila mengenang nasib dan kehidupan yang masih kabur dari penglihatan.


Perasaan cemburu berputik dalam jiwa bila kawan-kawan mendapat apa yang diinginkan sedangkan aku? Ye aku. Aku masih mencari dan terus mencari.


Aku tahu putus asa itu amat ditegah sama sekali dalam kehidupan. Tetapi itu lah yang aku rasakan. 8 bulan yang berlalu secara sia-sia mungkin dah cukup membuatkan aku tertekan.


Aku dianggap seakan tidak mahu berusaha untuk mencapai apa yang aku impikan. Anggapan itu seakan membuat hatiku luluh mengenang segala usaha yang telah aku lakukan selama ini. Pandangan sinis dari sekeliling turut menghantui jiwa, raga, perasaan sekaligus membuat aku menjadi PUTUS ASA.





Saturday, January 14

kawan saya mahu tunang, saya tumpang gembira :)


Hey, tahun ni umur aku dah 22 tahun lah. Is it real? Kenapa aku selalu rasa aku ni sweet 17 eah. Mungkin disebabkan faktor kulit muka yang sentiasa tegang dan mantap. Pheww, sarcastic je lebih.


Sungguh, aku terkejut bila dapat tahu one of my best friends (Martopo) akan tunang. Baru sedar umur makin meningkat dan lepas ni mesti sorang-sorang tukar status. Dari couple, tunang dan kahwin. Oh my. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam je kita lepak dalam bilik sama-sama sambil tengok movie, share masalah. Tuptup dah nak tunang.


As a friend, aku sangat happy teruja excited okie. Tapi tak dapat ikut korang beli barang tunang hari ni. Sedih oh sedih. Tak pe, nanti time tunang aku akan pastikan aku datang. Kepada Ms. Zana (bukan nama sebenar ^^ ), tahniah. Kau memecahkan tradisi Martopo. Ececeh. Selamat membeli belah. Kalau tak tau nak beli kat mana, belilah dekat Hari-Hari :)


cuba teka sapa yang nak tunang antara kami :P





Sunday, January 8

suara paling husky di Malaysia


Bila dah lama tak menaip sekali menaip memang macam-macam cerita aku nak share. Itu lah ini lah. Tapi nanti last-last satu haprak entry pon tak siap.


Tapi kali ni aku betol-betol bersemangat nak share dengan korang video adik manis ni. Menyanyi dalam kereta seperti Najwa Latif mungkin merupakan satu trademark. Tapi gitarnya non ado lah weyh. Hehe.


Nah, cer layan. Hope you guys like it. (Ayat artis Youtube) :



Lepas ni memang Anuar Zain tutup buku lah. Adik ni pon dah cukup menggegarkan dunia




Cayalah adik. Akak sentiasa vote adik. Ingat tu!


Suara adik ni memang husky gila kan. Tapi aku memang tabik spring dia punya tahap keyakinan tu fuhh. Salah lirik pon salah lah. Janji fokus tetap ada. Siap letak no fon time akhir. Harap-harap ada yang sudi ambil dia sebagai artis. Mana lah tau kan.

Apa pon semoga impian kau untuk menjadi seorang artis tercapai lah adik. Sekarang pon kau dah cukup popular ape. Orang dok share video kau sana sini :)



Sunday, January 1

fenomena ombak rindu




Puas hati aku! Puas!


Akhirnya tahun 2011 aku diakhiri dengan ending yang sangat memenuhi keinginan hati dan sanubari aku. Cewahh. Setelah beberapa kurun cerita Ombak Rindu ni tertebeng-tebeng dekat wayang, baru hari ni aku berpeluang tengok. Tu pun untung dan bersyukur kerana wujudnya industri cetak rompak ni. Kalau tak entah kempunan sampai 7 keturunan agaknya.


Oh lagi sekali, aku puas! Hahaha. Sumpah memang best gila cerita ni. Semua watak dalam cerita tu menjadi. Cuma emm cuma perlu ke pilih wartawan bersuara itik masa Mila (Lisa) sampai Malaysia tu? Spoil mood kejap.


Tengok ombak rindu dengan seisi keluarga best jugak kan. Masing-masing pengarah. Haa lepas ni macam ni macam tu. Kalah Khalid Mamat gini kalau family aku pon dah pandai nak mengarah. Tapi yang tak bestnya bila scene yang agak-agak xxx antara Hariz dengan Izzah tu. Time dorang dok peluk-peluk mula lah masing-masing buat benda lain. Konon-konon nak alih pandangan mak la tu. Haihh.


Haaa todia scene yang wow wow :P


Oh ini sweet. baring atas dada lelaki yang bergelar suami KITA sangat indah bukan?


Oh Mr. Gulahati, sila bawak saya beromantis di bot umpama Titanic :D



Untunglah Azizah Mahzan dapat bersentuh dan berpelukan dengan Aaron Aziz juga Izzah. Untunglah ~ Jeles aku. -.-