berapa ramai dah?

Sunday, August 21

duit tu penting kau tahu




" Duit bukan segalanya"

Ayat Meleis yang sangat biasa digunakan oleh anak-anak gadis apabila telah jatuh cinta dengan lelaki Lombok yang pastinya lelaki atau JEJAKA itu menepati ciri-ciri lelaki idaman seperti yang diidam-idamkan.


Oh, memang tak dapat disangkal. Ayat tu memang betul. Tapi perlu diingat, zaman sekarang bukan macam zaman Tengku Kudin dahulu kalalah kakak. Sekarang nak memerut pon kena hulur doposen. Kalau kau mengada sikit nak pakej dengan tisu sekali limaposen lah weyh kau kena hulur.


Hidup dalam era globalisasi yang semakin mencabar dengan misi dan visi ke arah pencapaian matlamat tahun 2020 memang agak perit. Selagi kau fikir cinta sejati tu penting dan dapat menjamin kehidupan kau in future, oh hell yeah, kau akan merana dan sengsara.




Aku bukan menidakkan jodoh. Langsung tidak sebab tu kuasa Allah. But, kita sebagai manusia memang perlu usaha untuk yang terbaik bukan? Let say, kau tak ada duit tapi ada cinta sejati. Boleh kau guna cinta sejati kau tu sebagai modal untuk kau beli kicap manis Cap Kipas? Tentu saje tidak.


So, dalam cangkerang kacang (in a nutshell). Cinta sejati yang sempurna akan menjadi super lengkap kalau kita sertakan dengan usaha, doa dan tawakal. Bukan semata-mata cinta yang berputik di tapak pembinaan.


" Duit bukan segalanya, tapi segala-galanya memerlukan duit!"




Friday, August 12

lelaki dilarang meludah !

:: gaya meludah seorang selebriti ::


Ondeway balik kerja tadi, nak dijadikan cerita. aku terfollow satu kereta putih wira yang sudah dimodified.


Ehem ehem. Gaya kereta macam hensem je. Lantas aku memecut kereta untuk melihat siapa gerangan driver yang memandu. Gaya pembawakan kereta yang agak macho seperti tangan disangkut di pintu kereta dan hanya satu tangan yang digunakan untuk handle stereng kereta memang sangat menarik, tertarik, dan teruja lah oke.


Walaubagaimanapun, kehenseman itu terjejas dalam SEKELIP MATA sahaja apabila lelaki yang hensem tadi tu meludah dari pintu kereta, Wadehek oi? Selekeh yang ampun. Dah elok-elok dah kau dipandang hensem oleh seorang wanita <<< wanita tu aku la =). Meludah pulak dia.


Jadi teori yang perlu dititikberatkan mulai hari ini, "Seorang lelaki itu adalah SANGAT tidak kacak selagi dia meludah merata-rata". Oke? Kepada lelaki di luar sana dan Mr. Gulahati as well, anda semua dilarang meludah merata-rata from now on. TAHU?





:: besar punya reminder ::



Sunday, August 7

masa untuk berubah

Ye. Dah tiba masa untuk aku berubah. Harus berubah. Jangan sentiasa duduk di takuk yang lama. Huda, you can do it. Just believe in yourself.


Saya dah sedia, saya dah sedia, saya dah sedia.




budak sekarang vs budak dulu

Semakin maju dunia, semakin advance budak-budak sekarang.


Tu yang terjadi dekat adik aku. Baru darjah 4, tapi dah pandai bercinta weyh. Gila kentang goreng bersalut rempah kari tambah mayonis betul. Sebabnya, adik aku dapat surat cinta dari classmate dia kot. Wahahaha. Antara isi kandungan surat tu :


"Akif, kalau kau nak couple dengan aku, couple lah. Tapi kalau kau nak kawan je, boleh jek"



Hamboi, dah pandai. Aku dulu-dulu tak ada pon macam ni. Paling-paling pon belanja kopok lekor RM0.40 (2 batang) kat orang yang kita suka. Tapi sekarang main straightforward je semua. Ehehe.




Haa tu la dia adik aku, Akif. Feewit. Sebab aku dok gebang dengan satu family, dia merajuk dah dengan aku. Tapi merajuk gedik-gedik macam blushing sikit. Geli a kau Akif. =D



Saturday, August 6

baru puasa ke-6 tapi...

Pejam celik pejam celik dah 6 hari kita puasa. Ahh cakap nak gebang, macam puasa je kau huda. ^^


Entry ni memang fully pasal mak aku weyh.Memang mak aku ada share dengan aku blog ni. Tu yang aku sentiasa hapdet pasal mak aku. Tapi tapi tapi kalau mak lagi popular, gelemer dari aku satu ari nanti, memang tak lah aku cerita lagi pasal mak. Sori mak. Heee =)


Bangun pagi-pagi aku tengok mak dah tak ada sebab dah tak dengar dah suara dia. Kalau tak memang suara mak je lah yang bebel tanpa henti doplohpatjam. Aku pergi dapur and aku ternampak ni!



Dah nak cat rumah ke mak. Aku konpius dah time tu. Kita puasa baru 6 hari ke atau lagi 6 ari dah nak abis puasa ni? @_@ . Kau tengok, tu bukan pengacau adun kuih ke tu? Asal boleh je mak aku weyh. Homagad, geleng kepala 3 1/2 kali aku time tuh.


Tapi betul ke mak aku stat cat dah ni. Tak puas hati betol aku. Meh jenguk kat luar rumah pulak.



Abaikan si pregnant woman ni. asyik tidur je keje die. Tergolek kat luar rumah memang tak sopan tau awak. Behave lah sikit. Awak tu bakal jadi mak.



Gotcha! Memang mak tengah cat la weyh. Nak tau? Mak aku bukan lagi supermak, tapi super dupper wow2 haou liao punya mak. Sume keje dia boleh buat. Kalau semua mak kat dunia ni boleh cat sendiri, memang tak wujud lah aku rasa job painter. Seriyes ni. Hahaha.




Kucing aku ni pon tengah dalam mood seriyes mengiyekan apa yang aku cakap. Bangun2 tido pandai nak posing terus. Kat mana kamera kat situlah mata dia. Pandai betul!




Friday, August 5

homagad, pink garden!

walau macam mana ganas sekalipon seorang perempuan itu, mereka masih mempunyai sifat lemah lembut dan gedik yang jarang diperlihat.


hey, itu statement untuk aku. seriously walaupun ganas meliputi diri, tapi aku still ladies. ladies ke? but seriously, sekarang jugak aku nak masuk jobstreet apply mana2 kerja, janji ada yang sangkut then kumpul duit bebanyak. tak payah belanja sakan sebab nak pergi Pink Garden kat negara Doraemon tercipta. =) maksud aku Hokkaido, Jepun.


meh, meh tengok lah keindahan alam,









seriously macam nak baring guling2 sambil nyanyi pusing pokok 2-3 kali kalau dah sampai garden ni. huhu. tapi tapi tapi sawan ke apa kau huda nak buat macam tu?



Monday, August 1

puasa di zaman kanak-kanak

"puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk"


Puasa line-line umur sekolah rendah sangat mencabar dan penuh dengan dugaan yang selalunya berjaya membawa kanak-kanak ke arah kelaparan.


Sama lah juga pengalaman aku puasa masa kocik-kocik dulu. Mana taknya, kalau masa sekolah rendah kalau boleh semua buku ekau nak bawak. Sampai bongkok-bongkok haa badan nak bawak beg tu. Emak tak ada nya nak consider beli kan Easybag jenama SWAN yang aku sangat adore ='(


Sudahnya peluh jantan merembes keluar setiap kali pikul beg tu. Penat kemain lagi. Tapi aku masih sabar. Puasa kan mana boleh batalkan. Tapi tiba-tiba, dari ekor mata sebelah kiri terlihat kelibat budak darjah 1 (masa tu aku darjah 3) jinjing air sirap dalam plastik. Pehh.





Cepat-cepat aku pergi toilet. Tapi sebelum tu mintak lah permission dari teacher dulu. "Teacher, may I go to toilet?" dan teacher menjawab, "Yes, you can". Sesampai je kat toilet apa lagi, kumur mulut sehabis mungkin. Mak aku kata, kumur tak batal puasa sebab air tak masuk dalam tekak. Tapi kalau dah kumur berulang-ulang kali, jadahnya. Heee =D




Ahh perut aku masih lagi bunyi kriok kriok. Tapi aku pendam. Balik sekolah kebangsaan longlai dah. Mana lagi nak menapak gi sekolah agama. Tabahkan je lah hati mu wahai Huda Jamil. Allah tu suka pada orang yang sabar. emm itu ayat untuk bagi aku semangat.


Balik sekolah agama pukul 6 petang, aku tengok mak tengah sibuk dekat dapur. Aku pon menyapa emak sambil menjeling dekat lauk yang dihidang. Wahh ayam Upin Ipin (ayam goreng). Dengan muka tulus suci serta hati murni, aku capai seketul. Tak silap aku peha kot. Dandan pergi belakang rumah mentekadarah. Burrrp. Baru lah perut aku tak meronta-ronta.




Haaa nampak kan. Dugaan masa zaman kanak-kanak sangat hebat hingga kita sendiri tak dapat handle. Oke saje guna word kita, biar tak rasa bersalah sangat. Tapi sekarang tak lagi. Aku sudah boleh menepis segala anasir-anasir jahat. Yeeeha!


Kepada kawan-kawanku, puasa jangan tak puasa tau! ^^



The best wedding proposal ever!


Cinta yang sempurna. Tidak perlu pasangan secantik dan sekacak mungkin. Cukup sekadar dapat menerima antara satu sama lain dengan seadanya.